Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UiTM 2023/2024 (Sesi 1). Nak mohon bantuan pelajaran? Panduan buat pelajar yang melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA tahun 2022. Untuk makluman, Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar UiTM secara atas talian bagi sesi 1 2022/2023. Permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui aplikasi Portal Pelajar UiTM bermula pada 26 September sehingga 31 Oktober 2022.
Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UiTM 2023/2024 Sesi 1
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Zakat Pelajar UiTM termasuk syarat kelayakan dan cara permohonan :
Tarikh Permohonan : 26 September – 31 Oktober 2022
Syarat Kelayakan Bantuan Zakat Pelajar UiTM 2022
Antara syarat-syarat kelayakan bantuan Zakat Pelajar UiTM adalah seperti berikut :
a. Beragama Islam.
b. Pelajar sepenuh masa Diploma, Pra-Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
c. Tidak mempunyai biasiswa atau tajaan pelajaran lain.
Cara Mohon Bantuan Zakat Pelajar UiTM 2022/2023
1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi pautan https://zawaf.uitm.edu.my/.
2. Antara dokumen-dokumen yang perlu dimuat naik oleh pelajar dalam sistem e-zakat iaitu :
- Salinan slip gaji ibu bapa/ penjaga atau slip pengesahan pendapatan.
- Salinan surat tawaran pelajar.
- Salinan surat kematian/ surat cerai (jika ada).
- Salinan slip keputusan peperiksaan semester lepas.
- Salinan slip muka hadapan akaun Bank Islam.
Nota : Bagi yang layak dan mendapat tawaran bantuan zakat ini akan dipanggil sesi temuduga bermula pada 17 Oktober hingga 16 Disember 2022.
Untuk maklumat lanjut tentang bantuan ini sila ke pautan https://www.facebook.com/elwazifuitmcm.