Permohonan Bayaran Balik PTPTN 2025 Direct Debit Online

Permohonan Bayaran Balik PTPTN 2025 Direct Debit Online. Nak buat bayaran balik pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)? Panduan buat peminjam yang ingin membuat permohonan bayaran balik PTPTN secara online. Untuk makluman, kini pihak PTPTN telah memperkenalkan satu kaedah baharu iaitu Direct Debit untuk memudahkan peminjam membayar balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online).

Permohonan Bayaran Balik PTPTN 2025 Direct Debit Online

Direct Debit atau debit terus adalah salah satu kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit SSPN-i yang mana peminjam/ pendeposit memberi kebenaran kepada PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/ Akaun Semasa mereka. Secara tak langsung, memudahkan peminjam tidak perlu hadir ke pejabat PTPTN untuk bayaran balik pinjaman. Bagi peminjam PTPTN yang masih mempunyai tunggakan pinjaman atau nama pernah disenaraihitam oleh PTPTN/ Imigresen, anda boleh menggunakan sistem Direct Debit untuk membayar balik pinjaman PTPTN.

Permohonan Bayaran Balik PTPTN 2025 Direct Debit Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pembayaran balik PTPTN menerusi Direct Debit termasuk memaparkan kemudahan dan cara bayaran :

Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 2023

Menerusi pembentangan Belanjawan Malaysia 2023, Menteri Kewangan mengumumkan pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang diberikan bermula 1 November 2022 sehingga 30 April 2023. Ianya melibatkan 20 peratus untuk penyelesaian penuh, 15 peratus untuk penyelesaian (50 peratus baki hutang) dan 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji.

Kemudahan Direct Debit

Kemudahan Direct Debit adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan untuk permohonan dan setiap transaksi Direct Debit yang berjaya. Walau bagaimanapun, bayaran atau deposit pendaftaran dikenakan RM1.00 pada setiap kali permohonan dibuat dan akan dipulangkan ke akaun pinjaman atau simpanan PTPTN dalam tempoh satu hari bekerja.

Cara Memohon Direct Debit PTPTN

Langkah awal;

1. Sila layari laman web rasmi PTPTN.

2. Klik pada ikon ‘Permohonan Direct Debit’.

A. Permohonan Direct Debit Pinjaman

1. Klik mohon Direct Debit Pinjaman.

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan seterusnya klik link ‘Penyata Pinjaman’ yang dipaparkan.

B. Permohonan Direct Debit SSPN-i

1. Klik mohon Direct Debit Deposit SSPN-i.

2. Masukkan Nombor Pengenalan Pendeposit.

3. Klik semakan penyata SSPN-i.

4. Masukkan kata laluan.

5. Setelah login penyata simpanan, klik pada butang pendaftaran Direct Debit.

Artikel Berkaitan: Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online & SMS

Syarat Permohonan Direct Debit PTPTN

Antara syarat-syarat permohonan direct debit online PTPTN adalah seperti berikut :

1. Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang atau Akaun Simpanan yang masih aktif.

2. Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansurans bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.

3. Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan direct debit mestilah berstatus aktif.

Cara Melakukan Transaksi Melalui Direct Debit Online

1. Peminjam perlu mempunyai Akaun Semasa / Simpanan daripada bank-bank yang dinyatakan di atas dan berdaftar perkhidmatan perbankan elektronik.

2. Anda juga perlu mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) atau Simpanan Deposit SSPN-i di PTPTN.

3. Untuk bayaran balik pinjaman, anda perlu mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun Ujrah atau akaun pinjaman konvensional.

4. Klik mohon Direct Debit Pinjaman untuk semua jenis akaun pinjaman dan lakukan bayaran balik.

5. Klik mohon Direct Debit SSPN-i untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.

Nota : Transaksi yang berjaya akan dikemaskini penyata pinjaman atau simpanan dalam masa tiga (3) hari bekerja.

Cara Pembatalan Direct Debit PTPTN

Pembatalan secara automatik akan dibuat sekiranya baki hutang keseluruhan pinjaman telah diselesaikan. Pembatalan di atas sebab-sebab lain adalah tertakluk persetujuan pihak PTPTN.

Soalan Lazim Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Guna Direct Debit

1. Bilakah potongan bayaran balik/ deposit SSPN-i melalui Direct Debit akan berlaku?

Potongan bayaran balik dan deposit SSPN-i akan berlaku pada 1hb, 10hb atau 27hb setiap bulan tertakluk kepada tarikh kelulusan permohonan kebenaran Direct Debit oleh pihak bank pemohon.

2. Bilakah pengemaskinian pada penyata peminjam dibuat selepas transaksi potongan Direct Debit berjaya dilakukan?

Penyata akan dikemaskini dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas potongan Direct Debit berjaya dilakukan.

Untuk keterangan lanjut tentang PTPTN, sila hubungi di talian 03 2193 3000 atau hadir ke cawangan PTPTN.

BACA JUGA: Cara Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui KWSP

Sumber : PTPTN

Leave a Reply