Permohonan Biasiswa Hong Leong Foundation 2020 Online (Diploma/Ijazah)

Permohonan Biasiswa Hong Leong Foundation 2020 Online (Diploma/Ijazah). Anda nak buat permohonan biasiswa? Perhatian buat anda pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat melanjutkan pengajian dalam peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Untuk makluman, Hong Leong Group mempelawa kepada anda yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Hong Leong Foundation bagi sesi pengajian tahun 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula daripada 1 April sehingga 31 Mei 2020 di laman web rasmi Hong Leong Group.

Permohonan Biasiswa Hong Leong Foundation 2020 Online (Diploma/Ijazah)

Yayasan Hong Leong menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia yang ingin mengikuti pengajian lanjut dalam program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Biasiswa ini diberikan kepada mereka yang mengikuti Diploma, Diploma Lanjutan atau Pengajian Siswazah (kursus ijazah pertama dalam sebarang kursus atau bidang pengajian secara sepenuh masa di universiti dan kolej awam dan swasta yang diiktiraf di Malaysia.

Permohonan Biasiswa Hong Leong Foundation 2020 Online (Diploma/Ijazah)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Hong Leong Foundation termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 1 April – 31 Mei 2020

Syarat Kelayakan Biasiswa Hong Leong Foundation

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Hong Leong Foundation adalah seperti berikut:

a. SPM: Minimum 8A (termasuk A + dan A-)

b. UEC: Minimum 6A (termasuk A + dan A-)

c. STPM / Matriculation / A-Level / Asasi /

d. Diploma / Ijazah: PNGK Minimum 3.5

e. Warganegara Malaysia yang berumur 17-25 tahun

f. Sudah membuat permohonan kemasukan ke IPT atau telah menerima tawaran atau sedang mengikuti program Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana kursus di mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

NILAI TAJAAN

Penerima biasiswa yang dipilih akan menerima:

  • Kursus sarjana muda di Universiti Awam : RM 8,500 / = p.a.
  • Diploma / Diploma Lanjutan di Universiti Awam & tempatan : RM 6,000 / = p.a.
  • Kajian sarjana muda di universiti swasta tempatan (“3 + 0” program sarjana secara sepenuh masa dan di kampus) sehingga RM24,000 / = p.a.
  • Perubatan / Pergigian di Universiti Swasta tempatan sehingga RM32,000 / = p.a.1

BIDANG PENGAJIAN DITAJA

Perniagaan, Komputer / Mutimedia, Perakaunan, Hospitaliti & Pelancongan, Komunikasi, Sains Komputer/IT, Keselamatan Siber, Kejuruteraan / Arkitek, Matematik Kewangan

Cara Permohonan Hong Leong Foundation Online

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://hongleongcsr.org/index.php/hong-leong-foundation/

Nota :

i. Sekiranya anda tidak dapat sebarang maklumat sehingga akhir bulan Jun, anda mungkin mengganggap permohonan tidak berjaya.

ii. Calon yang disenaraipendek akan dikehendaki menghadiri sesi temuduga yang diadakan di Wisma Hong Leong, Kuala Lumpur. Sesi wawancara itu akan berlangsung antara 20 hingga 30 minit. Di samping itu, calon-calon perlu menyiapkan esei semasa sesi temuduga.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di:

Hong Leong Foundation
Jumpstart @ 65
Level 3A, Lot 65 & 67
Jalan Tun HS Lee
50000, Kuala Lumpur
No Tel: To be confirmed
Emel: munirah@hongleong.com.my

Leave a Reply