Permohonan Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam 2022 Online

Permohonan Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam 2022 Online. Anda sedang melanjutkan pengajian di negara Brunei? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan biasiswa atau bantuan pelajaran. Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar asing termasuk warga Malaysia yang melanjutkan pengajian di Politeknik dan Universiti yang terletak di Brunei Darussalam. Permohonan ini boleh dibuat secara online di Sistem Permohonan Masuk Atas Talian (OASys).

Permohonan Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam 2022 Online

Permohonan Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam 2022 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam adalah seperti berikut ;

a. Permohonan terbuka kepada Warganegara tetapi tidak terhad kepada negara anggota ASEAN, Komanwel dan OIC.

b. Umur mestilah antara 18 hingga 25 tahun untuk program Diploma dan Ijazah.

c. Anugerah TIDAK layak untuk Penduduk Tetap Brunei Darussalam.

Program Pengajian Ditaja

Program pengajian dan syarat kelayakan kursus yang ingin dimohon boleh dirujuk menerusi pautan di bawah ;

i) Universiti Brunei Darussalam – www.ubd.edu.bn
ii) Universiti Islam Sultan Sharif Ali– www.unissa.edu.bn
iii) Universiti Teknologi Brunei– www.utb.edu.bn
iv) Politeknik Brunei – www.pb.edu.bn

JUMLAH ELAUN

  • Elaun bulanan personal : BND$550.00
  • Elaun bulanan makan : BDN$150.00
  • Elaun tahunan buku : BND$600.00
  • Penginapan di resident college yang terletak di universiti/ politeknik
  • Elaun baggage sebaik tamat pengajian
  • BND$250.00 (Negara ASEAN)
  • BND$500.00 (Luar ASEAN)
  • Insurans sepanjang pengajian

Cara Permohonan Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam

a. Permohonan boleh dipohon secara atas talian (online) melalui Sistem Permohonan Masuk Atas Talian (OASys) di pautan di bawah.

Borang Permohonan : http://www.mfa.gov.bn

b. Lengkapkan semua maklumat dalam borang permohonan yang sahih.

c. Hantar borang dalam talian yang telah lengkap dan berikan salinan borang dalam talian tersebut berserta dokumen-dokumen sokongan melalui emel kepada applyBDGS2020@mfa.gov.bn

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:
Technical Assistance Division
Department of Administration
Ministry of Foreign Affairs
Bandar Seri Begawan BD2710
Brunei Darussalam

No. Tel: +673 2261177 ext. 310 / 684
No. Fax: + 673 2261250

One Response

  1. Aqilah January 13, 2022

Leave a Reply