Permohonan SMA Negeri Perak 2020 (SMAN) Online

Permohonan SMA Negeri Perak 2020 (SMAN) Online. Panduan buat pelajar lepasan UPSR 2019 yang berminat melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak ambilan 2020. Untuk makluman menerusi portal SMAN, permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak (SMAN) bagi tahun 2020 telah dibuka bermula 21 November 2019. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web https://digital.perak.my/sman/.

Permohonan SMA Negeri Perak 2019 (SMAN) Online

Permohonan SMA Negeri Perak 2020 (SMAN) Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2020 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, senarai sekolah dan aplikasi permohonan :

Syarat Kemasukan SMAN Perak 2020

Antara syarat-syarat kemasukan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak yang calon-calon perlu memenuhi seperti berikut :

1. Memperolehi sekurang-kurangnya 3A 3B dalam UPSR 2019

2. Memperolehi sekurang-kurangnya 4A 4B dalam UPKK 2018

3. Menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) 2019 atau peperiksaan lain yang setara

Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Perak

1. Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (L)
Kurikulum Arus Perdana

2. Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh (P)

3. Sekolah Raja Dr. Nazrin Shah, Kg. Gajah (L/P)

4. Sekolah Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Manjung (L)

5. Sekolah Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Kuala Kangsar (L)

6. Sekolah Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Lenggong (L)

7. Sekolah Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Batang Padang (P)

8. Sekolah Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Kerian (P)

Permohonan SMA Negeri Perak 2019 (SMAN) Online

Cara Permohonan SMAN Perak 2020 Online

1. Permohonan boleh terus dibuat secara online di laman web seperti berikut ;

https://digital.perak.my/sman

2. Untuk makluman, sebarang pendaftaran ahli bagi permohonan SMAN 2020 hendaklah menggunakan No. MyKad pemohon.

3. Tarikh permohonan bermula daripada 21 November hingga 5 Disember 2019.

Nota:

i. Semakan permohonan SMAN Perak 2020 boleh dibuat secara online pada 11 Disember 2019 (selepas jam 12.00 tengah hari).

ii. Temuduga akan dijalankan pada 14 Disember dan 15 Disember 2019.

Untuk dapatkan keterangan lanjut tentang kemasukan SMAN Perak, sila hubungi ;

Alamat : Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Tingkat 7, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak

No. Tel : 05-208 4938 / 4949 / 4950 / 4951 / 4955

No. Faks : 05-253 1844

INFO BERKAITAN : Permohonan Sekolah Kawalan 2020 SMKA KRK KAA SABK

Semoga anda berjaya ditawarkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak ambilan 2020.

Sumber : SMAN Perak

Leave a Reply

%d bloggers like this: