Tajuk Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2019

Tajuk Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2019. Panduan buat calon Tingkatan Enam yang mengambil subjek Pengajian Am dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2019. Bagi mereka yang mengambil matapelajaran Pengajian Am diwajibkan melaksanakan dan menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2019 (Kertas 4 Р900/4) sebagai sebahagian komponen penilaian penggal 2. Kerja kursus ini mengandungi dua tema dan pelajar boleh membuat pilihan untuk memilih tema yang dikehendaki.

Tajuk Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2019

Tajuk Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2019

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2019 yang memaparkan tema

Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2019 

Pilih satu daripada tema di bawah ini dan sediakan kerja kursus yang panjangnya tidak melebihi 5000 patah perkataan.

Tema 1 – Prasarana : Air

Tema 2 – Integrasi dan Perpaduan : Kawasan kediaman

Arahan Am Kepada Calon STPM

1. Calon digalakkan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mencari maklumat tambahan.

2. Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut:

2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
2.2 Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
2.3 Tulisan: Times New Roman (font 12)
2.4 Langkau (spacing): 1.5

3. Panjang penulisan tidak melebihi 5000 patah perkataan, iaitu tidak termasuk jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, lampiran, sinopsis, kandungan, dan penghargaan.

4. Calon boleh menggunakan ilustrasi/ gambar rajah untuk menyokong penulisan. Format penghasilan gambar rajah, jadual, peta, dan foto adalah seperti pada Lampiran 5.

5. Calon dikehendaki menulis rujukan mengikut kaedah Gaya Dewan. Format penulisan rujukan adalah seperti pada Lampiran 6.

6. Panjang abstrak adalah antara 100 hingga 150 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi permasalahan kajian, kaedah kajian, penemuan utama, dan kesimpulan yang ditulis dalam satu perenggan.

7. Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:

7.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
7.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
7.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
7.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
7.5 Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC) (Lampiran 5)
7.6 Kerja kursus Pengajian Am

8. Setiap helaian kertas jawapan kerja kursus hendaklah dicatatkan nombor kad pengenalan di bahagian atas sebelah kanan kertas tersebut (nama calon tidak perlu).

9. Kerja kursus yang telah disiapkan perlu diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

Download Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2019

Bagi calon yang ingin mendapat maklumat lebih lanjut tentang Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) boleh memuat turun dalam bentuk PDF, sila klik DISINI.

Selamat melaksanakan tugasan Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2019 dengan jayanya mengikut tempoh yang ditetapkan oleh MPM.

Leave a Reply

%d bloggers like this: