Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022 (Monbukagakusho: MEXT)

Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022 (Monbukagakusho: MEXT). Berminat melanjutkan pengajian ke Jepun? Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Jepun untuk peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda. Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa kepada mereka yang berkelayakan untuk memohon penajaan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) bagi tahun akademik 2022. Ianya dibuka kepada mahasiswa dan lepasan ijazah warga Malaysia, yang berminat melanjutkan pengajian di negara Jepun. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) sehingga 3 Mei 2021 menerusi laman web eSila JPA www.esilav2.jpa.gov.my.

Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022 (Monbukagakusho: MEXT)

Kedutaan Jepun menyatakan biasiswa yang ditawarkan itu termasuk elaun bulanan anggaran 117,000 yen (kira-kira RM4,400) untuk penuntut sarjana muda tidak termasuk yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti.

Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022 (Monbukagakusho: MEXT)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : Sehingga 3 Mei 2021

Syarat Kelayakan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT)

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) bagi tahun 2022 adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah berumur 17 tahun hingga 25 tahun pada 1 April 2021.

2. Pemohon mestilah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal.

3. Pelajar yang telah menamatkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Unified Examination Certificate (UEC), Matrikulasi atau Diploma.

4. Pemohon mestilah menguasai bahasa Inggeris atau Jepun dengan keputusan yang baik dalam matapelajaran utama yang lain.

Cara Mohon Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT)

Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi laman web Kedutaan Jepun http://www.my.emb-japan.go.jp/.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web Kedutaan Jepun atau hubungi di talian 03 21772600 sambungan 146 atau emel ke edu@kl.moga.go.jp.

Leave a Reply