Permohonan IPG 2025 Online PISMP Bagi Lepasan SPM

Permohonan IPG 2025 Online PISMP Bagi Lepasan SPM. Bilakah tarikh permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan tahun 2025? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin menjadi warga guru di Malaysia. Untuk makluman menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022, 2023 dan 2024 yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) dibuka bermula pada 24 Februari hingga 16 Mac 2025. Permohonan ini hanya boleh dibuat secara online menerusi laman web https://pismp.moe.gov.my.

Permohonan IPG 2024 Online PISMP Bagi Lepasan SPM

Permohonan IPG 2025 Online PISMP Bagi Lepasan SPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan termasuk memaparkan syarat kemasukan, tarikh-tarikh penting dan aplikasi permohonan:

Tarikh: 24 Februari – 16 Mac 2025 (ambilan 1)

Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan atau ringkasnya PISMP dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Syarat Kelayakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Antara syarat-syarat mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia.

2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025.

3. Bagi lepasan SPM tahun 2022, 2023 dan 2024.

4. Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.

5. Tiada syarat minimum yang dikenakan, berdasarkan kepada keputusan periksaan percubaan SPM dan bagi yang tidak menduduki peperiksaan percubaan pemohon boleh menggunakan keputusan akhir tahun tingkatan empat.

Tarikh Penting Permohonan PISMP 2025

  • Permohonan: 24 Februari – 16 Mac 2025 (ambilan 1)
  • Semak layak e-UKCG: 18 Mac 2025
  • Pelaksanaan e-UKCG: 24 – 28 Mac 2025 & 7 – 11 April 2025
  • Kemaskini maklumat permohonan PISMP: 5 – 7 Mei 2025
  • Semakan layak temuduga & UKF: 14 Mei 2025
  • Pelaksanaan temuduga & UKF: 19 – 23 Mei 2025, 26 – 30 Mei 2025 & 3 – 4 Jun 2025
  • Keputusan IPG: 19 Jun 2025
  • Pendaftaran PISMP: 11 Ogos 2025

Cara Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2025 Online

1. Permohonan kemasukan ke PISMP boleh dibuat secara online menerusi laman web https://pismp.moe.gov.my/.

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).

3. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

4. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

Saringan e-UKCG PISMP 2025

e-UKCG PISMP 2025 akan dilaksanakan dalam dua sesi iaitu 24 hingga 28 Mac 2025 dan 7 hingga 11 April 2025.

Calon boleh menyemak status layak menduduki e-UKCG mulai 18 Mac 2025 di laman web PISMP 2025.

Temuduga PISMP 2025

Sesi temuduga akan dimaklumkan kepada calon sebaik sahaja mereka membuat semakan keputusan e-UKCG. Hanya calon yang lulus e-UKCG sahaja akan diberi tarikh dan sesi temuduga.

Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) PISMP 2025

UKF akan dijalankan bermula pada 19 hingga 23 Mei 2025, 26 hingga 30 Mei 2025 dan 3 hingga 4 Jun 2025. Calon akan menerima satu tarikh dalam tempoh pelaksanaan UKF tersebut. Calon akan diberi taklimat berkaitan prosedur UKF oleh panel UKF yang dilantik pada hari ujian dijalankan.

Semakan Tawaran PISMP 2025 Online

Pemohon boleh menyemak keputusan PISMP ambilan 2025 bermula pada 19 Jun 2025 bagi lepasan SPM. Manakala, bagi calon PISMP lepasan STPM, STAM dan Matrikulasi boleh semak keputusan bermula pada 28 Julai 2025.

NOTA: Anda tidak dibenarkan menukar program dan bidang pengajian kerana tawaran adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang pengambilan PISMP sila hubungi di talian :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3 , BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon: 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6760/ 6733

BACA JUGA: Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru

Leave a Reply