Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Kelas Pertama 2025 Online (Login). Nak mohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN? Panduan buat pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mendapat Kelas Pertama. Untuk makluman menerusi pengumuman YAB PM sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022, telah mengumumkan insentif pengecualian bayaran balik pinjaman bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Penentuan Kelas Pertama diberikan oleh senat Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing. Permohonan ini dibuka kepada peminjam pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2022.

Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Kelas Pertama 2025 Online (Login)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara mohon dan semak status :
Tarikh permohanan: sehingga 31 Disember 2022
Syarat Kelayakan Mohon Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Antara syarat-syarat permohanan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN adalah seperti berikut :
- Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;
- Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
- Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan;
- Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen
Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di portal PTPTN https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama yang dibuat dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
2. Masukkan No.Kad Pengenalan dan No. Pinjaman, kemudian klik pada butang ‘Log Masuk’.
3. Klik pada butang ‘Mohon’ untuk meneruskan proses permohonan.

4. Lengkapkan maklumat peminjam, maklumat pengajian dan pendapatan peminjam.
5. Lengkapkan maklumat isi rumah. Jika Taraf Perkahwinan peminjam adalah Bujang, peminjam perlu melengkapkan maklumat Ibu Bapa.

6. Jika Status Ibu Bapa Meninggal Dunia atau Tidak Dapat Dikesan, peminjam perlu melengkapkan maklumat Penjaga.
7. Jika Taraf Perkahwinan peminjam Berkahwin, peminjam perlu melengkapkan maklumat Pasangan. Jika telah selesai kemaskini, klik pada butang ‘Seterusnya’.
8. Peminjam boleh membuat semakan semula maklumat yang telah dilengkapkan.
9. Peminjam perlu memuat naik Dokumen Sokongan yang diperlukan bagi melengkapkan proses permohonan.

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol);
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan;
- Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS);
- Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah);
- Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).
Nota: Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT) dengan cop pengesahan mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.
Semakan Status Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
Status permohonan boleh disemak dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui 2 kaedah di bawah:
- Semak di portal PTPTN https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama.
- Surat makluman akan dihantar ke alamat surat menyurat peminjam.
Nota: Untuk dapatkan soalan lazim tentang pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN boleh ke pautan https://www.ptptn.gov.my/soalan-lazim/#bayaran-balik.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian Careline PTPTN 03-2193 3000.
BACA JUGA: Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Kepada Biasiswa