Permohonan Pinjaman Pendidikan Affin Bank (Borang). Anda sedang mencari bantuan pinjaman pendidikan? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan Affin Pembiayaan Pendidikan-i. Untuk makluman, Affin Pembiayaan Pendidikan-i adalah skim patuh Syariah dicipta khas untuk individu yang layak dari Universiti atau Kolej terpilih yang diluluskan oleh pihak Bank untuk menerima bantuan kewangan pendidikan. Pembiayaan ini menggunakan konsep Ijarah dimana akan menampung perbelanjaan program pendidikan mereka. Permohonan Affin Bank Pembiayaan Pengguna-i boleh dibuat secara online atau muat turun borang permohonan di laman web www.affinislamic.com.my.
Permohonan Pinjaman Pendidikan Affin Bank Pembiayaan Pengguna-i (Borang)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Affin Bank Pembiayaan Pengguna-i termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Syarat Kelayakan Affin Bank Pembiayaan Pengguna-i
A. Kelayakan Pelajar
i. Berusia dari 18 sehingga 45 tahun
ii. Terbuka kepada Program Asasi, Sijil, Pra-Universiti (e.g. A-Level), Diploma, Ijazah, Pasca Siswazah (Sarjana dan Kedoktoran) dan Kursus Profesional untuk pelajar dari Universiti / Kolej yang dilantik.
iii. Ibu bapa, suami / isteri atau adik beradik perlu membuat permohonan bersama pelajar sebagai permohonan bersama.
B. Kelayakan Untuk Permohonan Bersama:
i. Warganegara Malaysia berusia dari 21 tahun ke atas.
ii. Pendapatan tahunan minimum RM24,000.
BUTIRAN PEMBIAYAAN
a. Margin pembiayaan sehingga 90% Yuran Pengajian.
b. Jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM 400,000.
c. Tempoh pembiayaan sehingga 15 tahun.
KONSEP
Ijarah (Sewaan)
Cara Permohonan Pinjaman Pendidikan Affin Bank
Untuk permohonan boleh dibuat dengan layari ke laman https://www.affinislamic.com.my. Atau muat turun borang permohonan di https://www.affinislamic.com.my.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan kami di talian 03-8230 2222 atau kunjungi mana-mana cawangan AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC yang berdekatan.