Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang IPTA 2024 Online Lepasan SPM. Anda berminat buat biasiswa pelajaran? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat membuat permohonan biasiswa pelajaran. Untuk makluman, Yayasan Pahang menawarkan Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) dan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2021 yang hendak melanjutkan pengajian ke Universiti Awam. Permohonan Yayasan Pahang boleh dibuat secara online bermula daripada 15 September sehingga 5 Oktober 2022 di laman web rasmi YP.
Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang IPTA 2024 Online Lepasan SPM
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Yayasan Pahang termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :
Tarikh permohonan : 15 September – 5 Oktober 2022
Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Pahang 2024
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa IPT Yayasan Pahang adalah seperti berikut :
a. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:-
i) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
ii)Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.
b. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
c. Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM Tahun 2021 dengan memperolehi keputusan 4A ATAU 3A (A/A-).
d. Memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Yayasan Pahang (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
e. Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.
Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Online
a. Permohonan boleh dibuat secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang www.yp.org.my dengan memilih ikon Biasiswa IPT.
b. Borang permohonan WAJIB dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapatkan pengesahan daripada wakil yang dilantik oleh YP sebelum diemailkan kepada pinjaman@yp.org.my.
Nota :
a. Status permohonan boleh disemak dalam tempoh dua minggu dari tarikh tutup permohonan di laman web Yayasan Pahang melalui ‘e-semakan’.
b. Permohonan boleh dianggap tidak berjaya sekiranya tidak mendapat apa-apa makluman temuduga dari Yayasan Pahang selepas 30 hari dari tarikh tutup permohonan.
Sekiranya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Yayasan Pahang, sila hubungi ;
YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5181800 Faks: 09-5181888
Puan Zakiah binti Saleh (zakiah@yp.org.my)/Puan Azimah Kamaliah binti
Mohamad Kamal (azimah@yp.org.my)
Atau emel ke ;
Email : ypahang@yp.org.my
Sumber : Yayasan Pahang