Permohonan Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan 2023 Online Untuk B40. Berita baik buat warga Kuala Lumpur dan Putrajaya yang ingin memiliki rumah pertama. Untuk makluman, Kementerian Wilayah Persekutuan mempelawa kepada mereka yang berkelayakan untuk mohon Rumah Residensi Prihatin yang dikhususkan kepada golongan B40 di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagi individu yang lahir, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan boleh memohon Residensi Wilayah secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi https://residensiprihatin.kwp.gov.my bermula 23 Februari 2021.
Permohonan Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan 2023
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan termasuk memaparkan syarat kelayakan, ciri perumahan dan cara pendaftaran :
Apa Itu Residensi Prihatin?
Residensi Prihatin adalah merupakan program perumahan mampu milik bagi golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Ianya merujuk kepada Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM200,000 seunit dengan saiz rumah minima 750 kaki persegi.
Harga Dan Saiz Rumah Residensi Prihatin
Harga jualan yang ditawarkan untuk rumah Residensi Prihatin adalah RM200,000 dengan saiz rumah minima 750 kaki persegi. Saiz rumah tersebut merangkumi:
- 3 bilik tidur
- 2 bilik air
- Ruang tamu
- Ruang makan
- Dapur
- Berbentuk rumah strata
Senarai Projek Residensi Prihatin
Bagi anda yang ingin melihat senarai projek Residensi Prihatin boleh rujuk di laman web https://residensiprihatin.kwp.gov.my/projek
Syarat Kelayakan Rumah Residensi Prihatin
Antara syarat-syarat kelayakan Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
- Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan.
- Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan.
- Permohonan rumah pertama sahaja.
Cara Mohon Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan Online
1. Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web https://residensiprihatin.kwp.gov.my/application.
2. Kemudian, klik butang ‘Saya Layak.’
3. Lengkapkan maklumat dan profil peribadi yang diperlukan.
4. Pilih projek yang dikehendaki.
5. Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
6. Muat naik Dokumen Permohonan.
7. Kemudian, sahkan profil dan dokumen sokongan tersebut.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :
Urus Setia RESIDENSI PRIHATIN
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.
Faks: 03-8889 7640
Emel: urusetiaresidensiprihatin@kwp.gov.my
BACA JUGA : Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)