Semakan Keputusan UPU 2022/2023 Online Lepasan STPM/ Setaraf Kemasukan UA

Semakan Keputusan UPU 2022/2023 Online Lepasan STPM/ Setaraf Kemasukan UA. Nak semak keputusan UPU anda? Panduan buat calon lepasan STPM/ Setaraf yang telah membuat permohonan UPUOnline ambilan 2022/2023 bagi kemasukan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Untuk makluman berdasarkan kalendar UPU, semakan keputusan UPU sesi akademik 2022-23 bagi lepasan STPM/ Setaraf boleh dibuat secara atas talian (online) bermula pada 25 September hingga 4 Oktober 2022.

Semakan Keputusan UPU 2022/2023 Lepasan STPM/ Setaraf Kemasukan UA

Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA/ Politeknik Premier. Bagi anda yang gagal, anda masih ada peluang dengan membuat permohonan rayuan UPU pada tarikh semakan keputusan diumumkan. Permohonan rayuan boleh dibuat secara online menerusi laman web UPU https://upu.mohe.gov.my.

Semakan Keputusan UPU 2022/2023 Online Lepasan STPM/ Setaraf Kemasukan UA

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan UPUOnline bagi lepasan STPM/ Setaraf termasuk memaparkan tarikh-tarikh penting, semakan panggilan temuduga dan pautan semakan :

Tarikh Semakan Keputusan UPUOnline 2022-23 Lepasan STPM

○ Tarikh Semakan : 25 September 2022

Cara Semak Keputusan UPU 2022-23 Online & SMS

A. Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM Online

Pemohon boleh membuat semakan tawaran UPU dengan melayari di Portal Rasmi UPU https://upu.mohe.gov.my/

Selain sistem rasmi UPU, anda boleh layari saluran alternatif secara terus ke laman web universiti-universiti tempatan melalui pautan seperti berikut ;

○ Saluran Utara : http://jpt.uum.edu.my/

○ Saluran Selatan : https://jpt.utm.my/

○ Saluran Timur : http://jpt.umt.edu.my/

○ Saluran Sabah : http://jpt.ums.edu.my/

○ Saluran Sarawak : https://jpt.unimas.my/

Bagi pemohon yang berjaya, anda perlu membuat pengesahan tawaran dan juga mencetak surat tawaran rasmi melalui Portal Rasmi IPTA pada tarikh yang akan dikemaskini kelak.

Nota : sistem aplikasi semakan akan diaktifkan setelah tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan secara rasmi.

B. Semakan Keputusan UPU Melalui SMS

Selain sistem online, calon juga boleh menyemak keputusan UPUOnline menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) seperti berikut :

Universiti Awam dan Politeknik Premier

○ Taipkan: UPU RESULT NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888

Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA

○ Taipkan: UPU TVET NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888

C. Semakan Menerusi Aplikasi Mobile 

Selain semakan menerusi sistem online atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS), calon juga boleh memuat turun aplikasi UPUPocket dengan merujuk pautan di bawah :

○ Aplikasi UPUPocket : RUJUK SINI

Permohonan Rayuan UPU 2022/2023 Lepasan STPM/ Setaraf

Bagi lepasan STPM yang gagal mendapat tawaran UPU kemasukan ke Universiti Awam, anda boleh membuat permohonan rayuan UPU secara online yang DIBUKA mulai 25 September hingga 4 Oktober 2022 bersamaan tarikh semakan keputusan UPU.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi helpline UPU di talian 03 – 8870 8200 atau layari ke portal web rasmi UPU.

Tahniah diucapkan kepada calon lepasan STPM/ Setaraf yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke universiti awam di Malaysia.

BACA JUGA : Permohonan Rayuan UPUOnline 2022/2023 Lepasan STPM/Setaraf

Leave a Reply

%d bloggers like this: