Semakan WPP PTPTN 2025 Penerima Wang Pendahuluan Pinjaman. Panduan buat calon yang membuat permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN tahun 2025. Untuk makluman, semakan tawaran WPP PTPTN boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi PTPTN. Bagi calon yang layak akan menerima wang pinjaman pelajaran berjumlah RM1,500 sebagai persediaan pelajar sebelum mendaftar di Universiti Awam dan Politeknik.

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pemotongan sebanyak RM500.00 dari jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik selama tiga semester ke hadapan sebaik sahaja pelajar menerima pinjaman.
Semakan WPP PTPTN 2025 Penerima Wang Pendahuluan Pinjaman
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN termasuk memaparkan syarat kelayakan, semakan WPP dan proses penerimaan wang :
Syarat Kelayakan Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman
Pelajar yang layak memohon adalah yang memenuhi kriteria berikut :-
i. Ibu Bapa/ Penjaga/ Pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).
ii. Pelajar adalah warganegara Malaysia.
iii. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam dan Politeknik.
iv. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP.
v. Tidak pernah menerima WPP.
Cara Semak Tawaran WPP PTPTN Online
1. Semakan status permohonan WPP boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi PTPTN http://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/.
2. Sila masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat carian.
Nota : Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.
Kaedah Menunaikan WPP
1. Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN. Tempoh sah laku tawaran adalah dua (2) bulan daripada tarikh dikeluarkan.
2. Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
i. Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN.
ii. MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)
Nota : Pemotongan sebanyak RM500 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263
BACA JUGA:
Sumber : FAQ PTPTN