Syarat Kemasukan IKBN/ IKTBN 2025 (ILKBS). Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin memasuki Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) ambilan 2025. Apakah syarat kelayakan IKBN dan IKTBN terkini? Untuk makluman, permohonan kemasukan IKBN/ IKTBN boleh dikemukakan melalui permohonan UPUOnline bagi sesi pengambilan Julai 2023. Manakala, bagi sesi Januari, permohonan perlu dibuat melalui portal eKampus secara atas talian.
Syarat Kemasukan IKBN/ IKTBN 2025 (ILKBS)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan :
Institut Kemahiran Belia Negara atau ringkasnya IKBN adalah sebuah Institusi Latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Tujuan penubuhan IKBN adalah untuk melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan pekerja mahir dan separuh mahir bagi keperluan sektor perindustrian Negara.
Syarat Kemasukan IKBN/ IKBTN (Syarat Am)
Antara syarat-syarat kemasukan ke ILKBS adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Boleh membaca dan menulis
3. Berusia di antara 18 hingga 30 tahun semasa memohon
4. Belum berkahwin (bujang)
5. Sihat tubuh badan dan tidak penyakit kronik
6. Berkelulusan sekurang-kurangnya tamat pengajian Sijil Pelajaran Malaysia
7. Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan
Senarai Bidang Utama di IKBN/ IKBTN
Berikut adalah bidang-bidang utama yang ditawarkan di IKBN antaranya iaitu :
1. Teknologi Mekanikal
2. Teknologi Automotif
3. Teknologi Marin
4. Teknologi Hospitaliti
5. Teknologi Elektrik
6. Teknologi Elektronik
7. Teknologi Awam
8. Teknologi Tekstil
9. Teknologi Fotografi
10. Teknologi Sukan
11. Teknologi Maklumat
Senarai Program yang Ditawarkan di ILKBS
- Diploma MQA
- Sijil Kemahiran Tahap 1 hingga 5
- Persijilan JKKP
- Persijilan Suruhanjaya Tenaga
Permohonan Kemasukan ke ILKBS 2025 Online
Untuk kemasukan ke ILKBS sesi Januari boleh dibuat menerusi laman https://ekampus.kbs.gov.my/ manakala sesi Julai perlu mohon di laman http://upu.moe.gov.my/web/
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Bahagian Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia,
Aras 3, Menara KBS,
No 27 Persiran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya
E-mel : kemahiran.kbs.gov.my
No. Tel : 03-88713333
No. Faks : 03-88888785
BACA JUGA: