Borang Permohonan UPU 2024-25 Online (Diploma/Degree). Nak melanjutkan pengajian ke Universiti Awam? Perhatian buat lepasan SPM/ STPM atau Setaraf yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA ambilan 2024/2025. Bagi pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh mengisi borang permohonan UPU secara dalam talian (online) di laman web UPU. Permohonan dibuka bermula daripada 29 Februari sehingga 9 Jun 2024.
Sebelum mengisi permohonan UPU secara online, anda dikehendaki membeli Nombor PIN UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.
Borang Permohonan UPU 2024 Online (Diploma/Degree)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Universiti Awam termasuk memaparkan tarikh permohonan dan pembelian PIN UPU serta syarat kemasukan :
Tarikh Penting UPU Sesi 2024/2025
- Permohonan UPU dibuka : 29 Februari 2024
- Permohonan UPU ditutup : 9 Jun 2024
- Semakan panggilan temuduga/ ujian bagi lepasan SPM : –
- Semakan panggilan Ujian MEdSI program Pendidikan bagi lepasan STPM/ Setaraf : –
- Semakan panggilan temuduga program Bukan Pendidikan bagi lepasan STPM/ Setaraf : –
- Fasa pengemaskinian bagi lepasan SPM : –
- Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan SPM : –
- Fasa pengemaskinian bagi lepasan STPM/ Setaraf : –
- Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan STPM/ Setaraf : –
ARTIKEL BERKAITAN: Kategori Permohonan UPU
Syarat Kemasukan ke Universiti Awam/ Politeknik
Sebelum anda mengisi borang permohonan UPU, pastikan anda menyemak syarat kemasukan bagi bidang pengajian masing-masing mengikut institusi yang dipohon.
Anda boleh menyemak syarat am dan syarat khas ke Universiti Awam, Politeknik dan ILKA secara online melalui portal e-Panduan.
Cara Isi Permohonan UPUOnline
- Pembelian Unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.
- Bagi calon yang sudah mempunyai nombor Unik ID Pin UPU, anda boleh memohon melalui UPUOnline di laman web rasmi https://upu.mohe.gov.my/
- Pastikan kategori yang betul.
- Semak syarat kelayakan disini.
- Kira merit disini.
- Semak tren permohonan dan penawaran.
- Semak laluan kerjaya.
- Isi permohonan UPUOnline disini.
- Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
- Pilih program mengikut keutamaan.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Klik butang “SIMPAN”.
- Cetak slip permohonan.
- Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Semakan & kemaskini permohonan adalah tanpa had.
NOTA: Sebelum mengisi borang permohonan UPUOnline, pastikan anda telah membuat pembelian nombor pin UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
No.Tel : 03-86842363
BACA JUGA :