Cara Aktifkan Kad Prihatin Siswa 2023 (Login & Fungsi). Berita baik buat pelajar IPT di seluruh Malaysia. Untuk makluman, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperkenalkan satu inisiatif baharu iaitu Kad Prihatin Siswa (KPS) yang bertujuan mewujudkan kewangan yang lebih baik kepada mahasiswa. KPS merupakan Kad Matrik pelajar sedia ada telah dinaiktaraf dengan gabungan Kad Visa Islamic RHB Bank yang memberikan banyak kebaikan kepada pelajar terutamanya dari segi penggunaan bayaran tanpa tunai (cashless) dalam kampus. Pengaktifan Kad Prihatin Siswa tahun 2023 boleh dibuat melalui universiti masing-masing.
Cara Aktifkan Kad Prihatin Siswa 2023 (Login & Fungsi)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kad Prihatin Siswa termasuk memaparkan fungsi dan cara mengaktifkan kad:
Apa Itu Kad Prihatin Siswa?
Kad Prihatin Siswa atau ringkasnya KPS merupakan satu inisiatif KPT bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan KPT.
Faedah Kad Prihatin Siswa Untuk Pelajar
a. Tiada implikasi kewangan kepada pelajar (tiada yuran tahunan dan yuran pendaftaran).
b. Pelajar yang layak boleh memohon untuk mendapatkan biasiswa daripada Yayasan Pelajar (tertakluk kepada syarat).
c. Khairat kematian/insuran/takaful (kelompok).
d. Promosi dan diskaun: Pesanan makanan, e-hailing, peralatan sukan, dan perkhidmatan produk komunikasi (bergantung kepada kerjasama KPT dengan rakan strategik).
Cara Pengaktifan Kad Prihatin Siswa
Untuk mengaktifkan KPS, pelajar perlu ikuti langkah-langkah di bawah mengikut universiti masing-masing.
UITM
1. Bagi pelajar baharu, sila buka akaun Simpanan I-Pro RHB terlebih dahulu di mana-mana cawangan bank RHB sebelum hadir ke kampus UiTM.
2. Kemudian, muat naik gambar di sistem UCMS kad.uitm.edu.my untuk tujuan cetakan kad.
3. Dapatkan kad di kampus UiTM masing-masing.
4. Pihak bank RHB akan hadir ke kampus UiTM bagi mengaktifkan kad tersebut.
UM
1. Pelajar memberikan persetujuan (consent) melalui Portal MAYA bagi tujuan pembukaan akaun (MAYA Portal Pelajar > my Dashboard > Highlights > Kad Prihatin Siswa Consent Form).
2. Universiti memuatnaik data Bulk Account Opening (BAO) dan menghantar ke RHB Bank. Selepas BAO diterima tanpa sebarang kesalahan formal, RHB meneruskan proses pembukaan akaun pelajar.
3. Universiti mencetak dan mengagihkan kad kepada akademi/fakulti/pusat untuk diserahkan kepada pelajar.
4. Pengambilan kad oleh pelajar di akademi/fakulti/pusat masing-masing dalam lempoh 14 hari selepos persetujuan diberikan.
5. Pelajar hadir ke mana-mana cawangan RHB bank di seluruh negara untuk tujuan pengaktifan kad setelah menerima nolifikasi (SMS & e-mel) daripada RHB bank yang menyatakan bahawa akaun telah berjaya dibuka.
NOTA: Pelajar dikehendaki membawa bersama kad dan Kad Pengenalan/Pasport asal semasa pengaktifan akaun.
UKM
1. Bermula Julai 2023, pelajar sedia ada, kad sudah sedia belum diambil atau kad dalam proses perli untuk membuka akaun RHB terlebih dahulu.
2. Sila hadir ke mana-mana cawangan RHB dan perlu membawa MyKad/Passport dan Surat Pengesahan Belajar.
3. Pelajar hadir ke pejabat UKMShape dengan slip pembukaan akaun. Kad akan dicetak.
4. Pelajar boleh hadir ke mana-mana cawangan RHB untuk mengaktifkan Kad Prihatin Siswa.
UPM
1. Muat turun aplikasi RHB Online Banking.
2. Hadir ke lokasi mengikut jadual.
3. Imbas kehadiran dan duduk mengikut susunan yang ditetapkan.
4. Ambil kad di kaunter fakulti.
5. Bergerak ke kaunter RHB untuk pengaktifan.
UPNM
1. Sila hadir ke mana-mana cawangan RHB untuk membuka akaun RHB.
2. Pelajar boleh mengambil kad di Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik dan Kaunter Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di Dewan Zulfaqar UPNM.
Untuk pertanyaan lanjut tentang Kad Prihatin Siswa, sila hubungi RHB Customer Contact Centre di talian 03-92068118 atau emel ke customer.service@rhbgroup.com.
BACA JUGA: Cara Mohon Bantuan Tiket Penerbangan Bagi Pelajar IPT