Cara Bayar PTPTN Online Melalui JomPAY Maybank2u & CIMBClicks. Nak bayaran balik pinjaman PTPTN? Panduan buat peminjam pinjaman pelajaran PTPTN yang ingin membuat bayaran balik PTPTN melalui JomPAY. Untuk makluman, kini pengguna boleh membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara dalam talian (online) menerusi JomPAY. Perkhidmatan JomPAY adalah percuma dan tiada caj dikenakan bagi bayaran balik pinjaman dan penambahan deposit Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus.
JomPAY adalah merupakan satu inisiatif yang disokong oleh bank-bank di Malaysia untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran menerusi online dan telefon mudah alih di Malaysia. Dengan JomPAY, pengguna boleh menikmati kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan penambahan deposit SSPN-i/ SSPN-i Plus menggunakan dana dari akaun simpanan atau akaun semasa.
Cara Bayar PTPTN Online Melalui JomPAY Maybank2u & CIMBClicks
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bayaran balik pinjaman PTPTN termasuk memaparkan kelebihan JomPAY dan cara bayaran :
Panduan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui JomPAY
1. Sebelum membuat transaksi di JomPAY, anda perlu dapatkan ‘Biller Code’ Tekan dan ‘Ref-1’ melalui semakan JomPAY di portal PTPTN https://www.ptptn.gov.my/jompay/.
2. Daftar masuk perbankan internet atau telefon pintar anda. Pilih Bill Payment dan cari menu JomPAY.
3. Mulakan transaksi bayaran. Masukkan Biller Code, Ref-1 dan Ref-2.
4. Pilih akaun anda, sama ada akaun semasa, simpanan atau kad kredit*.
5. Masukkan jumlah bayaran dan teruskan bayaran. Resit akan dipaparkan bagi setiap transaksi yang berjaya.
6. Kemaskini sebagai Favourites untuk bayaran seterusnya.
7. Selesai.
NOTA:
a. Penggunaan akaun kad kredit hanya dibenarkan untuk bayaran balik pinjaman sahaja.
b. Ref-1 adalah nombor unik yang digunakan oleh PTPTN untuk mengenal pasti akaun anda.
c. Biller Code adalah nombor unik untuk mengenalpasti Biller bagi JomPAY. Biller Code bagi JomPAY PTPTN adalah seperti berikut;
Kemudahan | Produk | Biller Code |
Bayaran balik pinjaman | i. Pinjaman Ujrah ii. Pinjaman Konvensional | i. 34975 ii. 96933 |
Penambahan deposit Simpan SSPN Prime | Simpan SSPN Prime | 73197 |
Penambahan deposit Simpan SSPN Plus | Simpan SSPN Plus | 99960 |
Pengguna Maybank2u
1. Log in Maybank2u
2. Pergi ke Account & Banking > BillbPayment > JomPAY > Make A One-Off Payment
3. Masukkan semua details yang diperlukan.
4. Masukkan nombor TAC.
5. Pembayaran berjaya.
Pengguna CIMBClicks
1. Log in CIMBClicks
2. Pergi ke tab Pay > Bills > Pay Bills
3. Pilih akaun anda.
4. Pilih pilihan ketiga iaitu JomPAY.
5. Masukkan biller code.
6. Kemudian submit.
7. Masukkan Reference No.1
8. Masukkan Reference No.1 (No. Telefon)
ARTIKEL BERKAITAN : Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online & SMS
Kelebihan JomPAY
1. Perkhidmatan JomPAY adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan bagi bayaran balik pinjaman dan penambahan deposit SSPN-i/ SSPN-i Plus.
2. Pendaftaran tidak diperlukan dengan JomPAY. Anda hanya perlu memastikan mempunyai akses kepada perbankan internet bagi bank yang terlibat.
3. Kemudahan JomPAY boleh dinikmati melalui perbankan internet dan telefon mudah alih melibatkan 42 bank yang terlibat.
NOTA: Bagi setiap transaksi bayaran yang berjaya, Penyata Pinjaman atau e-Simpan SSPN Prime/ e-Simpan SSPN Plus di portal PTPTN akan dikemaskini dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Sebarang pertanyaan mengenai PTPTN, sila hubungi di :
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II, No. 12,
Jalan Yap Kwang Seng,
50450 Kuala Lumpur
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263
BACA JUGA : Cara Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui KWSP
Sumber : PTPTN