Cara Daftar Cukai LHDN Pertama Kali Untuk e-Filing 2024 (Login e-Daftar)

Cara Daftar Cukai LHDN Pertama Kali Untuk e-Filing 2024 (Login e-Daftar). Nak isi e-Filing dan bayar income tax? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin mendaftar sebagai pembayar cukai pendapatan LHDN. Untuk makluman, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bagi individu yang berpendapatan minimum RM34,000 tahunan selepas potongan KWSP perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Sekiranya anda memenuhi syarat pendaftar cukai, anda perlu membuat pendaftaran cukai dan isi e-Filing LHDN secara dalam talian di portal MyTax.

Cara Daftar Cukai LHDN Pertama Kali Untuk e-Filing 2024 (Login e-Daftar)

Cara Daftar Cukai LHDN Pertama Kali Untuk e-Filing 2024 (Login e-Daftar)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cukai pendapatan LHDN termasuk memaparkan syarat cukai, cara daftar dan isi e-Filing:

Siapa Perlu Daftar No Cukai Individu

Seseorang perlu mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya individu tersebut adalah seorang;

  1. Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan tahunan lebih RM34,000 selepas potongan KWSP.
  2. ndividu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan tahunan lebih RM46,000.
  3. Individu yang menjalankan perniagaan walaupun bisnes rugi.
  4. Pekerja baru yang kena penolakan Potongan Cukai Bulanan (PCB) dari gaji.
  5. Individu yang ada pendapatan layak kena cukai (Contoh pendapatan sewa).
  6. Individu yang ada jual beli hartanah.

Cara Daftar Cukai LHDN & Isi e-Filing 2023

Langkah 1: Dapatkan Nombor Cukai Pendapatan

Bagi pengguna yang pertama kali membuat pembayaran cukai, sebelum anda mengisi borang e-Filing anda perlu dapatkan nombor cukai pendapatan. Terdapat dua cara untuk dapatkan nombor cukai pendapatan iaitu secara dalam talian online melalui e-Daftar atau secara manual dengan isi borang di kaunter LHDNM.

a. Secara online e-Daftar

Sila layari ke portal MyTax untuk askes e-Daftar di pautan https://mytax.hasil.gov.my/ezHasil

b. Melalui kaunter LHDNM

Sila hadir ke cawangan cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan dengan anda. Sertaka dokumen sokongan seperti Borang CP600, kad pengenalan, sijil pendaftaran perniagaan dan penyata pendapatan/ slip gaji.

Langkah 2: Dapatkan Nombor PIN Untuk Daftar e-Filing

Bagi pengguna yang sudah mempunyai nombor cukai pendapatan, anda perlu dapatkan nombor PIN melalui portal MyTax LHDN atau cawangan LHDNM berdekatan.

Langkah 3: Buka Akaun e-Filing & Daftar Sebagai Pengguna

  1. Log masuk ke portal MyTax dan klik pada menu perkhidmatan ezHasil, pilih e-Filing.
  2. Paparan akan menunjukkan e-BE Tahun Taksiran 2022, e-Permohonan Pindaan BE, e-Borang dan e-Semakan Pengesahan.
  3. Klik e-Borang untuk pilih borang e-Filing dan tahun taksiran yang betul untuk status anda.

Senarai Pelepasan Cukai Individu Bagi Tahun Taksiran 2022 (e-Filing 2023)

Cara Daftar Cukai LHDN Pertama Kali Untuk e-Filing 2023 (Login e-Daftar)

Cara Bayar Cukai Pendapatan Di ByrHASIL

Pembayaran cukai pendapatan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal ByrHASIL di pautan https://byrhasil.hasil.gov.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cawangan LHDNM berdekatan atau Hasil Careline di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 (Luar Negara).

Tahniah kepada mereka yang melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai!

BACA JUGA: Cara Log Masuk STAMPS LHDN

Leave a Reply