Cara Kira CGPA UiTM 2024 (Gred Markah). Gred markah UiTM tahun 2024? Panduan buat pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Setiap peperiksaan sama ada peringkat sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi akan diberikan gred permarkahan yang menentukan tahap percapaian pelajar masing-masing. Kedudukan akademik siswazah ditentukan berdasarkan Purata Mata Nilai Gred dan Purata Himpunan Mata Nilai yang dikira berdasarkan pencapaian dalam semua kursus yang berdaftar bagi satu-satu semester.
Cara Kira CGPA UiTM 2024 (Gred Markah)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang CGPA UiTM termasuk memaparkan gred markah dan cara kira pointer UiTM :
Perbezaan Antara GPA Dan CGPA
GRED POINT AVERAGE
Gred Point Average (GPA) atau dikenali sebagai Purata Nilaian Gred merupakan markah dan gred pelajar untuk setiap semester. Markah dari setiap subjek ini akan didarab dan dibahagi dengan jumlah kredit yang diambil.
Formula pengiraan:
PNG = Jumlah Nilai Gred (Nilai Gred x Kredit)/
Jumlah Kredit
CUMULATIVE GRED POINT AVERAGE
Cumulative Gred Point Average (CGPA) atau dikenali sebagai Purata Nilaian Gred Keseluruhan adalah markah keseluruhan bagi semua semester yang telah diambil. Jumlah pointer dari semester satu dan akan di campurkan dengan semua semester sehingga semester akhir.
Contoh situasi;
Bagi semester 1, GPA anda adalah 4.0. Untuk semester 2 pula GPA anda adalah 3.33. Maka, CGPA anda ketika semester 2 adalah 3.665 kerana mengambil kira GPA Sem 1 dan 2. Namun, kiraan ini hanya betul sekiranya jumlah mata kredit bagi subjek yang diambil kedua-dua semester adalah sama.
Artikel Berkaitan: Semakan Syarat Kelayakan UiTM
Gred Markah CGPA UiTM
Setiap markah yang diperolehi dalam setiap subjek akan diberikan gred dan pointer. Untuk pengetahuan, kaedah penilaian CGPA bagi setiap universiti di Malaysia adalah berbeza-beza bergantung kepada ketetapan universiti.
Contoh Pengiraan GPA
Subjek | Kredit | Gred | Mata Nilai | Jumlah Mata Nilai |
Subjek 1 | 3 | A | 4.00 | 12.00 |
Subjek 2 | 3 | A | 4.00 | 12.00 |
Subjek 3 | 3 | B | 3.00 | 9.00 |
Subjek 4 | 4 | A | 4.00 | 16.00 |
Subjek 5 | 2 | B | 3.00 | 6.00 |
Subjek 6 | 2 | A | 4.00 | 8.00 |
Pengiraan GPA bagi Semester 1:
- GPA = Jumlah Nilai Gred (Nilai Gred x Kredit)/ Jumlah Kredit
- GPA = (12.00+12.00+9.00+16.00+6.00+8.00) / (3+3+3+4+2+2)
- GPA (Semester 1) : 3.71
Contoh Pengiraan CGPA UiTM
Setelah anda faham cara kiraan GPA, maka lebih mudah anda memahami cara mengira CGPA.
Untuk dapatkan makluman terkini tentang UiTM sila layari portal https://uitm.edu.my/.