Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET 2023 (Borang)

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET 2023 (Borang). Nak mohon perpindahan pusat ujian MUET? Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan MUET tahun 2023. Untuk makluman, permohonan pindah pusat ujian MUET boleh dibuat secara online dengan mengisi borang permohonan melalui portal MPM. Bagi calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan menerusi laman web MPM www.mpm.edu.my/muet/.

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET 2023 (Borang)

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET 2023 (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pindah pusat ujian MUET termasuk memaparkan syarat dan cara permohonan :

Syarat Permohonan Pindah Pusat Ujian MUET

Antara syarat-syarat mohon perpindahan pusat ujian MUET adalah seperti berikut :

1. Permohonan ini hanya kepada calon MUET tahun 2023 sahaja.

2. Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk Listening, Speaking, Reading, dan Writing.

Nota : Permohonan pindah pusat ini tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Cara Mohon Pindah Pusat Ujian MUET 2023

1. Perpindahan dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini. Calon boleh membuat permohonan secara online melalui pautan http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register.

2. Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS sahaja iaitu Listening, Speaking, Reading, dan Writing.

3. Bayaran perpindahan pusat ujian MUET dikenakan sejumlah RM25.00 sahaja. Ianya boleh dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik.

4. Tarikh permohonan pertukaran pusat ujian secara dalam talian adalah pada 7 hingga 13 Februari 2023 bagi MUET Sesi 1 tahun 2023, 10 hingga 16 Mei 2023 bagi MUET Sesi 2 tahun 2023, manakala bagi ujian MUET Sesi 3 tahun 2023 adalah pada 27 Oktober hingga 2 November 2023.

Nota : Calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM, dua (2) minggu selepas permohonan ditutup. MUET/D yang terdahulu adalah TERBATAL.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03-61261662 atau e-mel ke psm@mpm.edu.my.

BACA JUGA :

Sumber : MPM

Leave a Reply

%d bloggers like this: