Permohonan Penangguhan Balik Pelajar Tajaan JPA Bagi Tujuan Bekerja. Nak buat penangguhan balik pelajar tajaan JPA? Berita baik buat pelajar tajaan JPA yang ingin membuat penangguhan balik atas sebab bekerja. Untuk makluman menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan kerajaan bersetuju penangguhan kepulangan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara ke tanah air bagi tujuan bekerja di luar negara. Bagi pelajar yang ingin membuat penangguhan sila kemukakan permohonan secara dalam talian bermula daripada 15 Februari 2024 melalui laman web https://myself.jpa.gov.my.
Permohonan Penangguhan Balik Pelajar Tajaan JPA Bagi Tujuan Bekerja
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang penangguhan balik pelajar tajaan JPA termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:
Syarat Kelayakan Mohon Penangguhan Balik Pelajar Tajaan JPA
Antara syarat-syarat kelayakan penangguhan balik pelajar tajaan JPA bagi tujuan bekerja iaitu;
a. Kebenaran bekerja adalah berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh pelajar tahun akhir di peringkat Ijazah Pertama dan tidak diberikan secara automatik;
b. Tempoh penangguhan yang dibenarkan untuk bekerja di luar negara adalah tidak melebihi 3 tahun;
c. Pelajar tajaan pinjaman dikehendaki membayar balik nilai pinjaman secara ansuran bulanan dalam tempoh penangguhan tersebut;
d. Tempoh bekerja di luar negara akan dikira sebagai Tempoh Ikatan Berkhidmat yang ditetapkan di dalam perjanjian; dan
e. Bagi pelajar tajaan pinjaman, pelarasan bayaran balik nilai pinjaman berdasarkan sektor pekerjaan dalam negara hanya dibenarkan sekali sahaja setelah pelajar pulang ke Malaysia tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Cara Mohon Penangguhan Balik Pelajar Tajaan JPA Online
Permohonan ini boleh dibuat secara online melalui pautan https://myself.jpa.gov.my/?fbclid=IwAR003lX8ywXi4KsjaMS-KNArBph35ZpvlJMB3am2DSO4TvG6KojI_jm9s3c
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://myself.jpa.gov.my/.