Permohonan Dan Semakan Keputusan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA 2024 Online. Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran MARA. Untuk makluman, MARA menawarkan satu pinjaman pelajaran iaitu Program Penajaan Pengajian Tertiari bagi pelajar lepasan Asasi, STPM dan Diploma yang ditawarkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Permohonan ini boleh dibuat mulai 5 Mei hingga 18 Mei 2023 secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my.
Program Penajaan Pengajian Tertiari atau Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) adalah penajaan pelajaran daripada MARA khususnya kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan kelayakan akademik tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih di dalam negara.
Permohonan Dan Semakan Keputusan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA 2024 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Penajaan Pengajian Tertiari termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :
Tarikh Permohonan : 5 Mei – 18 Mei 2023
Syarat Kelayakan Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA
Antara syarat-syarat kelayakan Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah seperti berikut :
A. Syarat Umum
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera.
- Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga yang ditetapkan oleh MARA dengan jumlah pendapatan bercukai ibubapa adalah tidak melebihi RM180,000 setahun.
- Bagi yang berkhidmat di Luar Negara atau bekerja sendiri, purata pendapatan bulanan mestilah RM15,000 dan ke bawah.
- Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
- Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
- Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
- Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
A. Syarat Akademik
Pelajar Baharu
- Mendapat CGPA > 2.75 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf.
- Telah mendapat tawaran/mendaftar di IPT.
Pelajar Sedia Ada
- Mendapat CGPA > 2.75 bagi semester terdahulu.
- Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.
Lain-Lain Syarat
- Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Kelayakan akademik bagi program perubatan, pergigian dan farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh badan-badan profesional.
Cara Mohon Program TESP MARA Online
1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di portal rasmi https://www.mara.gov.my/tertiary-education-sponsorship-programme-tesp-8/
2. Lengkapkan maklumat yang diisi dengan betul.
Semakan Keputusan TESP 2023 Online
Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di portal MARA iaitu http://www.mara.gov.my dan emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.
Sekiranya dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan pelajar tidak menerima sebarang maklum balas daripada MARA, maka permohonan tersebut dianggap Tidak Berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan mengenai program boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-2613 2051 / 2024 / 2518 / 2059 / 2100 / 2069 / 2070 atau kemukakan pertanyaan melalui emel ke alamat tesp@mara.gov.my.