Permohonan WPP PTPTN 2024 Online Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500

Permohonan WPP PTPTN 2024 Online Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500. Panduan buat calon yang mendapat tawaran pengajian ke Universiti Awam tahun 2024. Sudah pastinya di antara calon yang memerlukan bantuan kewangan atau pinjaman pelajaran untuk pembayaran yuran pengajian ke IPTA/ IPTS. Untuk makluman, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan satu pinjaman pendidikan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 untuk persediaan pelajar IPT sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.

Permohonan WPP PTPTN 2024 Online Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500

Wang Pendahuluan Pinjaman atau ringkasnya WPP adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pemotongan sebanyak RM500.00 dari jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik selama tiga semester ke hadapan sebaik sahaja pelajar menerima pinjaman.

Permohonan WPP PTPTN 2024 Online Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan, proses penerimaan dan semakan tawaran :

Syarat Kelayakan Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman

Antara syarat-syarat kelayakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN adalah seperti berikut :

i. Ibu Bapa/ Penjaga/ Pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

ii. Pelajar adalah warganegara Malaysia.

iii. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam dan Politeknik.

iv. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP.

v. Tidak pernah menerima WPP.

Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman

1. Anda hendaklah membuat persetujuan menerima WPP semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.

2. Waran diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik dalam peringkat Diploma dan Ijazah Pertama melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pendaftaran.

3. Anda dikehendaki hadir di mana-mana kaunter CIMB Bank dengan membawa bersama MyKad dan waran WPP.

Semakan Tawaran Permohonan WPP 2024

Semakan status permohonan WPP boleh dibuat secara dalam talian (online) di portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my). Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.

Kaedah Menunaikan WPP PTPTN

1. Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN. Tempoh sah laku tawaran adalah dua (2) bulan daripada tarikh dikeluarkan.

2. Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

i. Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN.

ii. MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

Nota: Pemotongan sebanyak RM500 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

BACA JUGA:

Leave a Reply