Kalendar Peperiksaan MUET 2026 (Tarikh Daftar Dan Ujian). Bilakah tarikh pendaftaran ujian MUET tahun 2026? Panduan buat calon yang ingin mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) tahun 2026. Untuk makluman, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan jadual Peperiksaan MUET 2026 yang mengandungi tarikh pendaftaran dan hari peperiksaan. Lazimnya, peperiksaan MUET akan diadakan sebanyak 3 kali dalam setahun bagi sesi Mac, Julai dan November.

Kalendar Peperiksaan MUET 2026 (Tarikh Daftar Dan Ujian)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kalendar peperiksaan MUET yang memaparkan maklumat berkaitan tarikh buka dan tutup pendaftaran, tarikh ujian bertulis dan ujian speaking :
Tarikh Ujian MUET 2026
Sesi 1
- Tarikh Pendaftaran : 15 Disember 2025 – 25 Januari 2026
- Ujian Speaking : 14, 15, 16, 20, 21 dan 22 April 2026
- Ujian Bertulis : 25 April 2026
- Keputusan : –
Sesi 2
- Tarikh Pendaftaran : 9 Mac – 20 April 2026
- Ujian Speaking : 15, 16, 18, 23, 24 dan 25 Jun 2026
- Ujian Bertulis : 27 Jun 2026
- Keputusan : –
Sesi 3
- Tarikh Pendaftaran : 4 Ogos – 4 September 2026
- Ujian Speaking : 6, 7, 8, 12, 13 dan 14 Oktober 2026
- Ujian Bertulis : 17 Oktober 2026
- Keputusan : –

ARTIKEL BERKAITAN: Jadual MUET On Demand
Download Jadual Peperiksaan MUET 2026
Bagi pelajar yang ingin dapatkan jadual ujian MUET dalam bentuk PDF, calon boleh muat turun di laman web https://www.mpm.edu.my/images/dokumen/kalendar/2026/Kalendar_MUET_Tahun_2026_-_Edisi__BM_kemaskini_3112025.pdf
Cara Daftar Peperiksaan MUET 2026 Online
Pendaftaran MUET bagi calon sekolah atau institusi dibuat secara dalam talian melalui portal MPM https://www.mpm.edu.my/. Bayaran yuran untuk menduduki ujian MUET bagi warganegara Malaysia adalah RM150.00 sahaja.
Semakan Slip Daftar MUET 2026 Online
Bagi calon yang telah membuat pendaftaran MUET boleh semak slip daftar ujian ini secara online menerusi portal https://www.mpm.edu.my/muet/semakan-muet-d
Panduan Lulus Cemerlang MUET 2026
Panduan buat calon yang nak menduduki exam MUET tahun 2026. Untuk makluman, kini terdapat satu rujukan lengkap ujian MUET yang ditulis oleh penulis profesional untuk membantu calon menjawab dengan baik. Panduan ini memberi garis panduan tentang bagaimana peperiksaan MUET dijalankan dan juga teknik-teknik menjawab soalan bagi komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing. Bagi yang berminat boleh dapatkan rujukan MUET ini, sila layari ke PANDUAN MUET.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 61261600 atau emel ke muet@mpm.edu.my.
BACA JUGA :


