Senarai Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di Malaysia. Bilakah tarikh permohonan ILKA ambilan baharu? Panduan buat calon lepasan SPM atau Persijilan Kemahiran Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian ke Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) ambilan 2025-26. Institusi Latihan Kemahiran Awam atau ringkasnya ILKA adalah institusi latihan untuk menyediakan pekerja mahir yang dikendalikan oleh kerajaan Malaysia. Terdapat empat (4) institusi di bawah ILKA iaitu Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Calon yang berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke ILKA menerusi portal UPUOnline atau terus ke laman ILKA. Terdapat lebih daripada 100 program yang ditawarkan di ILKA untuk peringkat Sijil dan Diploma. Permohonan ini dibuka 2 kali dalam setahun iaitu bagi pengambilan sesi Januari dan Julai.
Senarai Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di Malaysia
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang senarai Institusi Latihan Kemahiran Awam terkini di Malaysia yang turut memaparkan alamat institusi, senarai kursus/program dan aplikasi permohonan :
A) Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)
Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian. ILKBS dibahagiakan kepada IKBN, IKTBN dan AKBG iaitu;
- Kursus kemahiran sepenuh masa di Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN/IKBN)
- Kursus Bina Insan (kepimpinan, keusahawanan, disiplin) kepada belia
- Kemahiran Jangka Pendek khas yang disesuaikan kepada belia
- Kursus Kemahiran di institusi swasta (program tajaan pelatih)
Senarai ILKBS
i. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
ii. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
iii. Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)
B) Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)
JTM diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran. Oleh kerana dengan perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja mahir yang mendesak, maka JTM telah menubuhkan beberapa institusi latihan diseluruh negara.
Senarai ILJTM
i. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
ii. Institut Latihan Perindustrian (ILP)
iii. Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
C) Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)
D) Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Senarai IPMa
i. Institut Kemahiran MARA (IKM)
ii. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
iii. MARA Japan Industrial Institute (MJII)
Permohonan Kemasukan ILKA 2025
Calon boleh membuat permohonan ILKA secara online di portal UPU untuk pengambilan sesi Julai. Manakala kemasukan sesi Januari pula boleh dibuat di laman web rasmi ILKA.
BACA JUGA: Permohonan UPUOnline Kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA